Direka untuk mereka yang gemar dengan keseronokan untuk merakam setiap saat dengan sempurna, kedua-duanya menampilkan dwikamera hadapan serta penarafan IP68 untuk perlindungan daripada air dan debu. Ia membolehkan pengguna merakam pelbagai jenis pengembaraan sama ada bersiar-siar di taman mahu pun ke parti kolam, dan juga semasa meredah hujan ketika mendaki Bukit Broga, Selangor.

Presiden, Samsung Malaysia Electronics. Yoonsoo Kim berkata, pihaknya berbesar hati dapat menganjurkan sebuah parti kolam untuk menyambut tahun 2018 dan dalam masa yang sama, melancarkan Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ yang baru.

“Kami memahami generasi hari ini yang gemar merakam dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

“Oleh itu, dwikamera hadapan Galaxy A8 dan A8+ memastikan bahawa segala swafoto yang dirakam– sama ada di dalam air atau sebaliknya adalah sempurna.

“Ini membolehkan pengguna untuk memuat naik dan berkongsi kenangan indah mereka di media sosial. Bagi penggemar swafoto, Galaxy A8 dan A8+ sememangnya untuk anda!” katanya,

Dwikamera hadapan yang terdapat pada Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) untuk merakam swafoto yang hebat, walau dari sudut mana pun ia dirakam, merupakan ciri yang julung kali ditampilkan oleh Samsung.

Kedua-duanya mengikut jejak langkah model-model utama sebelumnya, membawakan ciri termaju Live Focus yang membolehkan pengguna melaraskan kekaburan latar belakang (kesan ‘bokeh’) dengan mudah sebelum atau selepas pengguna merakam gambar untuk menghasilkan imej berkualiti.

Ciri-ciri termaju kamera hadapan dan belakang kedua-dua model ini memastikan penggunanya merakam imej yang tajam dengan bukaan F1.9 dan F1.7 pada waktu siang atau malam, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah sekali pun.

Sama ada anda keluar ke pantai bersama rakan-rakan sehingga waktu atau keluar berdansa pada Ladies’ Night, anda tidak perlu risau kerana semua swafoto dan imej yang dirakam adalah terang dan jelas.

Peranti baharu ini juga membolehkan pengguna mengubah suai foto mereka dengan pelbagai pilihan yang menyeronokkan, seperti meletakkan pelekat pada swafoto anda atau menonjolkan ekstravaganza kulinari dengan Food Mode.

Penggemar makanan kini boleh merakam dan berkongsi gambar makanan anda yang mengecurkan air liur di media sosial mendorong membuatkan rakan-rakan anda begitu teringin untuk menyertai anda!

Pengguna tidak perlu bimbang tentang keadaan cuaca atau persekitaran anda kerana mahu pun hujan atau panas, swafoto yang sempurna tetap akan menjadikan #MakeYourMoment kenangan yang tidak dapat dilupakan!

Kini, tiada lagi rakaman video yang bergoyang dengan teknologi penstabilan imej video digital (vDIS), dan dengan ciri tambahan hyper lapse, pengguna boleh menghasilkan video selang masa yang membolehkan anda merakam serta berkongsi cerita yang lebih panjang.

Video blogging bersama rakan-rakan dan keluarga untuk merakam setiap detik bersama kini menjadi lebih menyeronokkan dan mengujakan dengan kedua-dua peranti berkenaan.

Kedua-dua peranti ini juga membolehkan anda meninjau notifikasi secara sepintas lalu dengan adanya Always On Display, tanpa memerlukan menyahkunci peranti.

Di samping itu, pengguna juga tidak perlu bimbang untuk meninggalkan dompet di rumah kerana dengan adanya Samsung Pay pada kedua-dua peranti ini Setiap transaksi menerusi Samsung Pay adalah mudah, tetapi terjamin. Langkah yang diperlukan hanya dengan satu leretan dan imbasan cap jari sahaja.

Kedua-dua model berkenaan boleh didapati di pasaran negara ini masing-masing pada harga yang disyorkan iaitu RM1,799 dan RM2,499 (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) enam peratus.

Kedua-dua peranti ini juga terdapat dalam warna hitam, emas dan kelabu orkid untuk disesuaikan dengan gaya anda yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a8-a530 dan http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a8-a730.