Rusia tuduh AS arah Israel bedil Syria

Israel telah melancarkan serangan udara di Syria sebagai memenuhi permintaan dari Amerika Syarikat (AS).

Tuduhan itu dibuat Timbalan Pengerusi Pertama Jawatankuasa Pertahanan Duma, Alexander Sherin.

“Israel bertindak atas arahan dari AS. Washington tidak berani melawan kami, sebaliknya menggunakan pihak ketiga di Syria.

“Mereka akan menggunakan Israel atau Daesh,” katanya.

Tambahnya lagi, tentera AS ‘dibina’ menggunakan dana dari AS.

“Orang Amerika memberikan puluhan bilion dolar untuk melatih tentera Israel,” ujar Sherin.

Agensi berita Sanaa kelmarin melaporkan bahawa, sistem pertahanan Syria bertindak balas kepada serangan Israel di wilayah Hama.

MEMO