Sebuah gudang simpanan senjata milik pengganas di Idlib telah berjaya dimusnahkan oleh jet pejuang Rusia.

Agensi berita Itar Tass (14/3) melaporkan, Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa di dalam gudang senjata yang dimiliki oleh kumpulan pengganas Al Nusra yang terletak di Idlib terdapat pesawat tanpa pemandu disimpan untuk menyerang pangkalan tentera udara Khmeimim.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia itu lagi, terdapat sebilangan pesawat tanpa pemandu ini telah dipindahkan ke gudang tersebut baru-baru ini.

Sepanjang tahun lepas, pangkalan tentera udara Khmeimim yang menjadi markas pasukan Rusia di Syria, telah berulang kali disasarkan oleh pesawat tempur tanpa pemandu, tetapi sistem pertahanan udara pangkalan itu mampu menangkis semua serangan tersebut.