Rusia kecam sekatan AS terhadap Iran

Kementerian Luar Rusia menyatakan kekecewaan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) kerana meningkatkan lagi sekatan terhadap Iran.

“Kami mengutuk semua bentuk sekatan secara sepihak terhadap Iran tanpa keputusan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutama jika sekatan ini menyentuh kepentingan negara ketiga,” kata Kementerian Luar Rusia pada Selasa (7 Ogos), lapor al-Alam.

Kementerian Luar Rusia memberi amaran bahawa pengalaman setakat ini telah membuktikan bahawa Iran tidak akan mundur kerana tekanannya, dan AS juga telah melanggar pelbagai prinsip dan peruntukan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2331 yang menyokong perjanjian nuklear Iran.

Kementerian Luar Negeri Rusia menambah bahawa perjanjian nuklear Iran, yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), telah terbukti berkesan sepenuhnya, dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa juga sering mengesahkan konsistensi Iran dengan JCPOA.

Kementerian Luar Rusia kemudiannya merayu kepada komuniti antarabangsa untuk tidak membiarkan keputusan yang dicapai melalui usaha diplomatik kolektif sebagai pengorbanan untuk obsesi AS untuk menyelesaikan kesnya dengan Iran mengenai pelbagai isu yang tidak ada kaitan dengan JCPOA.

Kementerian Luar Negeri memastikan bahawa Moscow mengambil semua langkah yang perlu untuk mengekalkan dan melaksanakan sepenuhnya perjanjian nuklear Iran.

– Media Adil