Rusia, China tolak permintaan AS

Rusia dan China, semalam menyekat permintaan Amerika Syarikat untuk menambah bank Rusia dan seorang pegawai Korea Utara dalam senarai hitam PBB.

Minggu lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat meminta Jawatankuasa Sekatan PBB supaya membekukan aset Bank Komersial Agrosoyuz kerana membantu Pyongyang mengelakkan sekatan ke atas transaksi kewangan.

Rusia bagaimanapun menafikan tuduhan itu yang didakwa tidak mempunyai maklumat mencukupi.

Difahamkan, ia adalah kali kedua dalam tempoh tiga minggu Moscow dan Beijing menolak permintaan Washington yang mahu mengetatkan sekatan ke atas Pyongyang.

Rusia dan China menggesa PBB supaya mempertimbangkan bagi mengurangkan sekatan ke atas Korea Utara sebagai respons terhadap dialog terbuka bersama AS selain kesediaan mereka menghentikan ujian peluru berpandu.

– Press TV