Remaja perempuan ditangkap di Masjid al-Aqsa

Remaja perempuan Palestin, Baraa Ghazawi, ditangkap oleh pasukan polis Zionis berdekatan Pintu al-Asbat, ketika beliau keluar dari Masjid al-Aqsa tengahari tadi.

Manakala wanita Palestin, Na’ima Ghazawi, diarah hadir ke pusat tahanan Macsoubiya di Baitulmaqdis Barat untuk disoal siasat.

Pada masa yang sama, pasukan pois Zionis mengiringi gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan tapak suci itu dan berarak secara provokasi.

HP