Rejim Israel hari ini menutup satu-satunya lintasan sempadan dengan semenanjung Gaza berikutan pertempuran di sempadan.

Sekatan terbaharu melibatkan sempadan Erez di wilayah Palestin yang terkepung itu menghalang penduduk Gaza bergerak menerusi lintasan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

“Penutupan ini dilakukan ekoran beberapa insiden ganas di sempadan pada Jumaat lalu,” menurut Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman.

Pejabat hal ehwal awam Pihak Berkuasa Palestin di Gaza turut mengesahkan penutupan itu kecuali untuk kes perubatan dan penduduk Palestin yang mahu kembali ke wilayah terkepung terbabit.

Tunjuk perasaan dan pertempuran di sempadan, Jumaat lalu menyaksikan dua penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan Israel.

AFP