Hanya beberapa jam selepas meroboh sebuah bangunan rumah keluarga Palestin di kem pelarian Shu’fat, pihak perbandaran membuat tuntutan supaya pemiliknya membayar kos perobohan tersebut.

Pagi semalam (02/04), pekerja perbandaran bersama tentera Zionis meroboh rumah dua tingkat milik keluarga Houshiyya di kejiranan at-Tihta di kem Shu’fat.

Beberapa jam selepas memusnahkan rumah, tentera Zionis kembali menyerbu kem dan menyerah bil termasuk denda berjumlah sehingga 200,000 Shekel (RM223,850). – HP