Pasukan perbandaran rejim Zionis pagi tadi meroboh sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan tiga apartmen dan tiga gudang milik penduduk Palestin, serta menyerahkan surat amaran meroboh sebuah rumah lain di Wadi al-Joz, Baitulmaqdis Timur.

Pasukan tentera yang lengkap dengan jentolak menyerbu kejiranan Wadi al-Joz bersama pekerja-pekerja pihak perbandaran dan mengepung bangunan milik Khaled al-Malhi, sebelum mula merobohnya atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Bangunan tersebut mula dibina pada 20 tahun lalu, sebelum direnovasi menjadi dua tingkat lima tahun lalu.