Tentera rejim pengganas Israel menahan sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin ketika protes mingguan berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel, semalam

Persatuan Pertahanan Palestin (PPS) mengesahkan, Muhammad Ashraf Issa, Samed Mahmoud Sabah, dan Hamza Abu Yabes ditangkap di selatan Tebing Barat, Hebron, lapor Middle East Monitor.

Antara lain ialah Nour al-Ajlouni dan Hassan Iyad, Aziz al-Rimawi dan Mourad Kareem al-Barghouthi.

PPS turut mengesahkan, tiga warga Palestin ditahan di daerah utara Tebing Barat ialah Mustafa al-Haj Hassan, Daoud Shanti,, dan Muhammad Abed al-Latif Daoud.

Setakat ini dilaporkan, 5,450 warga Palestin ditahan di penjara Israel tanpa sebarang pendakwaan di mahkamah.

Dalam insiden berasingan, rejim pengganas Israel turut menahan Ketua Majlis Wakaf di Baitulmaqdis, Sheikh Abdul Azim Salhab serta Timbalan Pengarah Wakaf Islam dan Hal Ehwal Al-Aqsa, Sheikh Najeh Bkerat dalam serbuan di rumah mereka.

Penahanan itu berlaku sejurus protes dilakukan warga Palestin, yang menentang zionis Israel menutup Pintu Rahma di Masjid Al-Aqsa di bahagian timur Baitulmaqdis.

Walau bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas beberapa jam dalam tahanan, tetapi kedua-duanya diharamkan dari memasuki Masjid Al-Aqsa selama tujuh hari. – Agensi