Rejim Israel mengarahkan kawasan sempadan bagi barangan dan orang dengan Gaza agar dibuka semalam, hanya empat hari selepas menutupnya berikutan satu serangan roket Palestin yang mencetuskan serangan balas.

“Keputusan muncul selepas satu pengurangan bagi kejadian keganasan di Gaza sepanjang hujung minggu dan usaha Hamas untuk mengekang penunjuk perasaan,” menurut kenyataan daripada pejabat Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman.

Pada Rabu, Lieberman mengarahkan penutupan sempadan barangan Kerem Shalom dan sempadan Erez selepas sebutir roket dari wilayah Palestin mengenai sebuah rumah di selatan Israel, dibalas rejim dengan serangan ke atas 20 sasaran di Gaza.

Protes yang hampir setiap hari di sepanjang sempadan sejak 30 Mac terhadap sekatan selama 11 tahun yang melumpuhkan rejim ke atas wilayah miskin itu menyebabkan pertempuran berulang dengan pasukan tentera.

Pada Jumaat, ribuan sekali lagi berkumpul bagi protes di utara Gaza, namun penunjuk perasaan masih berada sekurang-kurangnya 100 meter dari sempadan.
Pegawai Hamas dilihat tidak menggalakkan penunjuk perasaan menghampiri pagar.

Pada Rabu lepas, rejim Israel turut menangguhkan penghantaran minyak bagi loji kuasa di wilayah Palestin itu yang dibawa setiap hari ke Gaza di bawah perjanjian yang diuruskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Keputusan mengenai pembaharuan bagi minyak dari Qatar dibatalkan buat masa sekarang, dan akan diperiksa dalam jumlah beberapa hari berdasarkan kepada situasi,” menurut kenyataan Lieberman semalam. – AFP