Rand Paul persoalkan sokongan AS untuk Saudi dalam perang Yaman

Para senator Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan sokongan kerajaan Donald Trump untuk perang Arab Saudi di Yaman.

Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri pada hari Selasa (17 April), senator dari kedua-dua pihak menuntut jawapan dari pegawai Pentagon dan Jabatan Negara AS, lapor Press TV.

Senator Republik, Rand Paul mempersoalkan eksport senjata AS ke Saudi. Beliau berkata Saudi telah menyerang rakyat Yaman dengan kejam, sementara AS tanpa malu meningkatkan jualan bom ke kerajaan itu.

“Jika anak anda menembak dengan pistolnya secara bebas dan membahayakan jiran-jiran, apakah anda memberinya lebih banyak atau sedikit peluru??” Kata Paul.

“Strategi kita adalah memberikan (Saudi) lebih banyak bom, bukan lebih sedikit,” kritiknya.

Walau bagaimanapun, kritikan itu dipertikaikan oleh kerajaan Trump. Duta AS ke Timur Tengah, David M. Satterfield, segera mempertahankan sokongan ketenteraan AS terhadap Arab Saudi kerana penting untuk keselamatan nasional dan matlamat diplomatik.”

Menteri Hak Asasi Manusia Yaman mengumumkan pada 25 Mac bahawa pencerobohan ketenteraan Arab Saudi telah membunuh 600,000 orang awam Yaman selama 3 tahun yang lalu.

Menurut PBB, ada 22.2 juta nyawa yang memerlukan bantuan makanan, di mana 8.4 juta telah mengalami kebuluran yang parah.

sumber – MediaAdil