Raja Saudi ucap terima kasih kepada Trump bantu serang Yaman

Raja Arab Saudi ketika dialog dengan Presiden Amerika Syarikat, mengucapkan terima kasih kepada Rumah Putih kerana merasa telah dibantu dalam perang melawan Yaman.

Bersamaan dengan lawatan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman ke Washington yang merupakan lawatannya yang pertama selepas berkhidmat, Rumah Putih dalam kenyataan rasmi menyatakan sokongan terhadap pencerobohan tentera Arab Saudi ke Yaman.

Akhbar Arab Saudi, Okaz melaporkan Raja Salman pada Isnin (2 April) dalam perbincangan telefon dengan Presiden AS Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada Rumah Putih atas ucapannya mengenai delegasi kerajaan Riyadh yang diketuai oleh Mohammed bin Salman.

Raja Saudi mengumumkan bahawa kenyataan rasmi Rumah Putih mengenai sokongan ketenteraan Washington untuk perang Saudi di Yaman patut dihargai.

Raja Salman juga mengulangi tuduhan terhadap Iran atas penghantaran senjata ke Yaman dan menekankan keamanan sebagaimana yang dikehendaki di negara ini dalam rangka usaha antarabangsa.

%d bloggers like this: