Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam sidang kemuncak di Tehran yang diadakan untuk menentukan nasib ibu kota terbesar dan terakhir pemberontak Syria, Idlib mengatakan bahawa Damsyik mempunyai hak untuk mengambil balik semua wilayahnya.

“Kerajaan Syria yang sah mempunyai hak dan pada akhirnya mesti mengawal semua wilayahnya,” kata Putin kepada Hassan Rouhani dan pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan pada sidang kemuncak semalam seperti yang dipetik oleh The New Arab.

“Penting untuk memulakan penyelesaian politik di Syria secepat mungkin, mendesak Iran dan Turki untuk meningkatkan penyelarasan mereka dengan Rusia, terutama kementerian pertahanan dan keselamatan negara di setiap negara,” kata Putin.

Putin berkata unsur pengganas terus melancarkan provokasi dan telah menggunakan serangan drone di Idlib.

“Kita tidak boleh mengabaikan ini. Kita mesti menyelesaikan masalah ini bersama-sama,” tambah Putin.

Sokongan Iran dan Rusia terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad telah membantu Damsyik dalam perangnya terhadap keganasan dan membolehkan negara itu menang dalam perang yang telah berlangsung selama tujuh tahun.

MA