Kerajaan Arab Saudi melantik adik kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Timbalan Menteri Pertahanan manakala seorang puteri sebagai duta wanita pertama Amerika Syarikat (AS).

Reuters melaporkan, pelantikan itu merupakan usaha Riyadh untuk mengatasi bantahan antarabangsa berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi pada tahun lalu membabitkan ejen Arab Saudi yang telah menjejaskan hubungan dengan sekutu Barat termasuk Amerika Syarikat.

Putera Khalid bin Salman sebelum ini menjadi duta ke Washington sejak 2017.

Utusan baru ke Washington, Puteri Reema binti Bandar adalah anak perempuan kepada bekas duta lama Arab Saudi ke AS.

Beliau membina kerjaya di sektor swasta sebelum menyertai pentadbiran kerajaan telah memperjuangkan pernyertaan wanita dalam sukan dan memberi tumpuan untuk memperkasa wanita. – Agensi