Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) mendakwa puak bersenjata menolak persetujuan yang dicapai oleh Turki dan Rusia mengenai penubuhan zon bebas tentera di wilayah Idlib.

Menurut SOHR, kumpulan bersenjata seperti Ansar Al-Tawheed, Ansar Al-Din, Al-Furqan dan Tentera Pembebasan Al-Sham enggan berundur dari wilayah bergolak tersebut.

Katanya, kumpulan terbabit akan berdepan mana-mana pihak yang cuba merampas senjata atau memaksa mereka meninggalkan Idlib sambil menambah akan terus memerangi tentera rejim Syria dan Rusia.

Bagaimanapun, NGO yang berpangkalan di Britain itu tidak mendapat maklumat sama ada Tentera Pembebasan Kebangsaan Front akan memerangi kumpulan yang menentang perjanjian tersebut, terutama setelah menerima bekalan senjata besar-besaran dari Turki selama tiga hari berturut-turut.

“Ramai orang mendapat manfaat daripada rundingan Rusia-Turki bagi mewujudkan zon bebas tentera di Idlib.

“Hampir 7,000 pelarian telah kembali ke kampung halaman masing-masing sejak perjanjian itu diumumkan, terutama di kawasan pedalaman tenggara Idlib dan Hama,” kata ketua SOHR, Ram Abdel Rahman. – Middle East Monitor