Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menamatkan lawatan selama tiga hari ke Jerman dengan merasmikan pembukaan masjid terbesar di Eropah, semalam.

Menurut beliau, masjid di Cologne itu berdiri sebagai simbol keamanan dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tetap meneruskan pembinaannya walaupun berdepan bantahan.

Kunjungan beliau ke bandar yang didiami komuniti terbesar Turki turut dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

“Kita perlu mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan kepada kepentingan bersama,” katanya.

Terdahulu, rancangan untuk membenarkan sehingga 25,000 individu berkumpul di dalam masjid itu terpaksa dibatalkan pihak berkuasa perbandaran atas faktor keselamatan.

Difahamkan, Masjid Pusat Cologne itu dibina oleh pertubuhan Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan Turki. – BBC