Pope Francis berkata penjualan senjata oleh Amerika Syarikat dan Eropah merupakan penyebab utama punca kematian ramai orang termasuk kanak-kanak di Timur Tengah, termasuk Yaman, Syria dan Afghanistan.

“Orang kaya Eropah dan Amerika menjual senjata … digunakan untuk membunuh kanak-kanak dan membunuh orang,” kata Pope Francis dalam ucapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ketika bercakap kepada pelajar dan guru di San Carlo Institute di Milan pada hari Sabtu (06/04) seperti yang dipetik oleh Associated Press.

Pope Francis juga mengatakan bahwa, negara-negara seperti Yaman, Syria dan Afghanistan tidak akan terjadi peperangan jika bukan karena penjualan senjata daripada Amerika dan Eropah.

“Sebuah negara yang mengeluar dan menjual senjata, bertanggung jawab atas kematian setiap kanak-kanak dan kehancuran setiap keluarga,” kata Pope Francis.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis, telah menjual pelbagai jenis senjata ke Arab Saudi dan sekutunya seperti Emiriah Arab Bersatu yang telah menyerang Yaman pada Mac 2015.