Pompeo: AS akan ‘sepenuhnya’ mengenakan sekatan terhadap Iran

“Amerika Syarikat akan menguatkuasakan sekatan ini,” kata Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo kepada wartawan selepas Sidang Kemuncak Forum Wilayah Persatuan Asia Tenggara (ASEAN) di Singapura pada hari Ahad.

Beliau juga mendakwa bahawa Tehran tidak akan mampu melepasi unilateral.

Fasa pertama termasuk pengharaman sejagat terhadap akses Iran ke atas dolar Amerika Syarikat serta larangan perdagangan negara itu menggunakan emas dan logam-logam berharga lain.

Gelombang kedua sekatan yang akan berlaku pada 4 November ini bertujuan untuk menjadikan eksport minyak Iran ke sifar seperti yang didakwa oleh pegawai AS.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik Washington daripada perjanjian nuklear antarabangsa dengan Iran pada bulan Mei dan berjanji untuk mengenakan sekatan yang paling ketat ke atas negara ini.

Pompeo mendakwa bahawa sekatan ini mensasarkan kerajaan Iran. “Ini hanya mengenai ketidakpuasan rakyat Iran terhadap kerajaan mereka sendiri,” katanya. “Dan kami mahu rakyat Iran mempunyai suara kuat dalam siapa yang menjadi pemimpin mereka.”

Penduduk ibukota Iran Tehran bagaimanapun mengatakan pada hari Isnin bahawa sekatan itu akan menyakiti rakyat biasa Iran.

“Saya tidak rasa Trump yang mendakwa bahawa sekatan ini memberi kesan kepada kerajaan. Sekatan-sekatan ini akan terus memberikan kesan kepada rakyat.”kata Saeed Bagheri.

Bagi penduduk lain, Mohammad, “sekatan yang melumpuhkan” bukan sesuatu yang baru untuk Iran.. Menurutnya, “objektif” AS pada masa lalu adalah “perubahan rejim” tetapi ia “tidak berlaku.”

“Saya percaya kesan sekatan terhadap kehidupan telah sangat jelas, terutamanya dalam sektor kesihatan, untuk pesakit, serta pekerjaan yang ada untuk pelajar,” kata Mariam Kadkhodaei.

Menurut Mahdi Abadan, Iran harus kembali ke arah model ekonomi tempatan dan menentang melalui kesediaan diri.

– Media Adil