Pasukan polis Zionis malam tadi menangkap Gabenor Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi kota Baitulmaqdis, Adnan Ghaith, bersama timbalannya selepas menyerang mereka dalam sebuah kelab di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Ketika kejaidan, Adnan menghadiri satu majlis bersama penduduk Silwan. Tentera Zionis, termasuk yang berpakaian preman, tiba-tiba menyerbu masuk dan menyerang peserta majlis.

Minggu lalu, beliau ditangkap ketika dalam perjalanan dari sebuah majlis perkahwinan di kejiranan Beit Hanina, Baitulmaqdis, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin dua hari kemudian.

– Haluan Palestin