Polis penjajah Zionis memukul dua pesakit Palestin selepas menggempur Hospital al-Makassed di kawasan Jabal az-Zeitoun di Kota Baitulmaqdis, semalam.

Mereka dipukul dalam keadaan mata ditutup, dan kemudian ditangkap serta dilarikan ke stesen polis al-Maskubiya di barat Baitulmaqdis.

Polis Zionis menyerbu hospital tersebut untuk menghalang majlis sambutan hari ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Menteri Dalam Negeri Zionis, Gilad Erdan, mengharamkan pihak pentadbiran Hospital al-Makassed menyambut ulang tahun penubuhannya, atas alasan ia ditaja oleh Pihak Berkuasa Palestin.