Polis Israel tembak mati seorang warga Palestin

Seorang penduduk Palestin terkorban ditembak polis rejim Zionis selepas menikam mati pengawal keselamatan Israel di Kota Lama pada Ahad (18 Mac), lapor AFP.

Pengawal keselamatan berkenaan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal kerana cedera di perut.

Hospital kemudian mengumumkan beliau meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, mengesahkan penduduk Palestin itu ditembak mati.

Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet, mengenal pasti beliau sebagai Abdul Rahman Faddal, 28, dan bapa kepada dua anak dari Aqraba berhampiran Nablus.

Kejadian berlaku susulan ketegangan sejak beberapa minggu lalu ketika Amerika Syarikat bersedia memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis.

Menteri Pengangkutan rejim Israel, Yisrael Katz berkata pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis akan dilakukan pada 14 Mei 2018 bersamaan dengan Hari Nakbah.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: