“Dengan setiap peluru yang ditembak yang membunuh seorang pengganas, anda telah mengubah keseimbangan dunia,” kata Presiden Syria Bashar Al Assad di hadapan pasukan tenteranya di timur Ghouta pada Ahad (18 Mac).

Ucapan terbabit menyusul dakwaan yang dibuat rejim Bashar Assad berkenaan kejayaan menumpaskan kumpulan pengganas di negara itu, sebagaimana yang dilaporkan Astro Awani

Beliau berbangga dengan setiap orang dan pada setiap anggota tentera yang berada di sini atas perkembangan yang sangat membina ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kita sebagai rakyat Syria, dan semua orang yang percaya pada negara ini,” kata Assad.

“Itulah sebabnya saya hadir sendiri di sini bagi menyampaikan ucapan tahniah saya ini,” jelasnya.

Terdahulu, laporan media menyatakan tentera Syria telah berjaya memasuki bandar Saqba, sebuah bandar di pinggir timur Ghouta.

Ia adalah bandar terbaharu yang ditawan oleh tentera Syria dan tentera sekutunya  sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Assad mengatakan perang melawan pengganas tidak akan berhenti selagi masih ada pengganas yang berkubu di Syria dan menodai kesucian negara ini, lapor Ray-al Youm.

Beliau juga berkata gabungan anti-ISIS yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah berkhidmat sebagai angkatan udara untuk membantu kumpulan pengganas

sumber – MediaAdil