Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Isnin (15 Okt) kembali menegaskan bahawa rejim Zionis sedang sibuk menghadapi Iran di Syria.

“Kerana ancaman Iran, Israel dan negara-negara Arab sekarang lebih dekat daripada sebelumnya,” kata Netanyahu di depan anggota Parlimen Israel (Knesset), lapor Jerussalam Post.

“Pada masa ini, kita sedang memerangi Iran di Syria. Kami akan meneruskan usaha untuk mengusir mereka (Iran) dari Syria,” katanya.

“Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan peperangan yang tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika kita dicabar oleh peperangan, musuh akan merasakan kekuatan penumbuk kita,” katanya.

– Media Adil