Parlimen Mesir bersedia untuk mengundi beberapa pindaan Perlembagaan termasuk membenarkan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi kekal memerintah sehingga 2030.

Anggota Parlimen dijangka positif mengesahkan pindaan rang undang-undang (RUU) itu pada hari ini, yang mana akan mencetuskan referendum.

“Jika ia diluluskan oleh Parlimen, pindaan itu akan dimasukkan ke dalam referendum awam, dijangka meluas pada bulan ini sebelum dilaksanakan,” kata Speaker Parlimen, Ali Abdelaal.

Difahamkan, pindaan yang diusulkan melalui Parlimen itu rancak dibincang melalui perdebatan dan penubuhan jawatankuasa. Pindaan berkenaan akan membenarkan El-Sisi yang memerintah secara kuku besi, mengawal badan kehakiman, meningkatkan lagi kuasa politik tentera serta memanjangkan tempoh presiden sehingga enam tahun.

El-Sisi adalah Presiden yang merampas kuasa daripada pemimpin Mesir yang dilantik secara demokrasi pada 2013, Mohamed Morsi.

Beliau ketika itu memegang jawatan jeneral tentera melepaskan tugas, berikutan mahu menjadi Presiden pada pilihan raya umum 2014. Pencalonan El-Sisi disahkan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Sepanjang tempoh pemerintahannya, beliau telah didakwa mengetuai tindakan keras terhadap lawan politiknya, menahan ribuan pembangkang termasuk aktivis hak asasi manusia Mesir.