Persatuan ulama Muslim: Arab Saudi usah politikkan urusan haji

Timbalan setiausaha agong Persatuan ulama Muslim, Dr. Ahmed al-Raissouni pada selasa mengritik Arab Saudi yang telah mempolitikkan pengurusan haji.  Beliau mengingatkan Riyadh supaya jangan sampai menghalang umat Islam dari Qatar, Kanada mahupun ahli politik yang menentang pemerintahan Saudi untuk menunaikan ibadah Haji di tanah suci.

Menurutnya pengelolaan haji seharusnya tidak dikelolai oleh Arab Saudi semata-mata kerana tanah suci Mekah dan Madinah adalah milik seluruh umat Islam sedunia. “Dewan Kerjasama Islam Internasional harus mengambil alih pengelolaan ibadah Haji,” katanya.

Dalam kenyataan beliau yang lain, beliau turut meminta Arab Saudi untuk berhenti dari mengelolai pengurusan ibadah Haji. Menurutnya Dewan Kerjasama Islam lebih berhak untuk mengambil alih hal tersebut kerana dianggap sebagai pihak yang mewakili umat Islam saat ini.

Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Islam Qatar sebelum ini mengumumkan bahawa untuk saat ini warga Qatar tidak dapat menjejakkan kaki di Haramain Syarifain (Mekah dan Madinah) untuk menjalankan ibadah Haji dan Umrah.

Alharamain Watch (lembaga yang mengawasi pentadbiran dua kota suci) telah berusaha memohon supaya semua prosedur pengelolaan ibadah Haji dilakukan secara berjamaah oleh negara-negara mahupun lembaga-lembaga Islam di seluruh dunia. “Lemahnya Riyadh dalam menggalas tanggungjawab dalam pengelolaan Manasik Haji serta tindakan mereka menghalang ribuan muslim dari melakukan ibadah Umrah dan Haji merupakan bukti yang kuat bahawa Arab Saudi mempolitikkannya,” kata Alharamain Watch.

Sebelum ini iaitu pada 3 Jun lalu, Alharamain Watch mengkritik Riyadh yang menaikkan kos ibadah Haji. Pihaknya mengatakan bahawa Arab Saudi sudah tidak mampu lagi mengelola Haramain Syarifain.

Lembagai Internasional ini telah secara rasmi didirikan pada awal tahun 2018 di Malaysia. Lembaga ini didirikan untuk mengawasi Arab Saudi dalam melakukan pengelolaan Ibadah Haji dan Umrah dan dua kota suci. Pihaknya juga memberi komitmen untuk mencegah terjadinya penyalahgunaan oleh Arab Saudi dalam hal pengelolaan ibadah Haji.

MD