Pada tahun 2018, Amerika Syarikat (AS) berjaya mengeksport senjata bernilai $192.3 bilion, naik meningkat sehingga 13% berbanding tahun lepas.

Menurut laporan dari Press TV, eksport senjata AS ke negara asing dilakukan menerusi penjualan komersial langsung antara kerajaan dengan syarikat atau, penjualan militer asing di mana pemerintah asing membuat perjanjian dengan Pentagon.

Kementerian Luar AS berkata pada hari Khamis mengatakan bahawa penjualan senjata dari syarikat-syarikat AS tahun ini naik 13% berbanding tahun lepas. Pengilang senjata terbesar AS yang mendapat manfaat daripada peningkatan jualan termasuk Lockheed Martin, Boeing, Raytheon, General Dynamics Corp dan Northrop Grumman Corp.

Penganalisis berkata peningkatan jualan senjata disebabkan oleh kelonggaran dari kerajaan AS serta usaha peringkat tinggi untuk menutup transaksi.

Walaupun dikritik oleh aktivis hak asasi manusia dan aktivis kawalan senjata, Presiden AS, Donald Trump diketahui membantu menjual senjata dari negaranya dengan mempromosikan idea keselamatan ekonomi adalah keselamatan negara.

Amerika Syarikat telah menjadi pengeksport terbesar dalam perdagangan senjata global sejak akhir 1990-an.

Sementara itu, negara pembeli senjata terbesar di AS ialah Arab Saudi.

Pada tahun 2017, kerajaan Riyadh membeli senjata bernilai $18 bilion yang kemudian digunakan untuk membunuh penduduk Yaman, termasuk wanita dan kanak-kanak. – Media Adil