Penjara padat, Israel akan bebaskan 300 tahanan Palestin

Agensi berita Israel, Haaretz melaporkan pada hari Sabtu bahawa rejim Israel dijangka membebaskan 300 tahanan Palestin selepas Knesset meluluskan rang undang-undang yang bertujuan untuk mengurangkan keadaan penjara yang dipenuhi oleh tahanan Palestin.

Menurut Haaretz, terdapat kira-kira 1,000 banduan yang kini berada di penjara, dan 300 daripadanya akan dikeluarkan tidak lama lagi pada 20 Disember.

Rang undang-undang diperkenalkan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan syarat-syarat penahanan melanggar hak asasi tawanan dan memerintahkan untuk memastikan bahawa setiap tahanan mempunyai ruang hidup 3 meter persegi.

Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Knesset, menyeru memendekkan hukuman ratusan banduan selama dua hingga lima bulan.

Tahanan yang dijatuhkan hukuman sehingga empat tahun akan mengurangkan hukuman mereka beberapa minggu hingga beberapa bulan, tanpa mengira apa pun kesalahan mereka.

– Media Adil