Pengawal Revolusi Iran lancar peluru berpandu bunuh penentang Kurdis

Pengawal Revolusi Iran melancarkan 7 peluru berpandu dalam serangan ke atas penentang Kurdis warga Iran di Iraq dan membunuh sekurang-kurangnya 11 orang semalam, kata unit elit itu menurut agensi berita Iran hari ini.

Pegawai kerajaan Kurdis di Iraq berkata Iran menyerang pangkalan kumpulan bersenjata Kurdis warga Iran semalam, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan ramai lagi.

“Dalam satu operasi yang berjaya, unit aeroangkasa Pengawal Revolusi bersama unit dron tentera…menyasarkan satu mesyuarat kumpulan penjenayah dan satu pusat latihan pengganas dengan 7 peluru berpandu permukaan ke permukaan jarak dekat,” kata Pengawal Revolusi lapor agensi berita Fars.

FMT