Rata-rata penduduk India menyuarakan kemarahan terhadap rakaman video juruterbang tentera udara India, Abhinandan Varthaman yang memuji layanan baik tentera Pakistan sebelum dibebaskan, di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Malah media tempatan India turut mengutuk rakaman video itu yang menyifatkannya sebagai ‘menjelikkan’ melanggar peraturan layanan tahanan perang.

Pengarang Kanan Kumpulan, India Today, Rajdeep Sardesa melihat Pakistan sebagai gagal mematuhi perjanjian Konvensyen Geneva. – Agensi