Gaza mencatat pendapatan harian per kapita paling rendah di dunia, pada kadar hanya US$2.

Kenyataan Ahli Parlimen Jamal al-Khudari semalam menyebut bahawa kadar kemiskinan di Gaza kini meningkat kepada 82%, akibat sekatan yang semakin ketat dan penutupan pintu lintasan sempadan komersial di Karam Abu Salem.

Menurut beliau, 62% pemuda Gaza terpaksa menganggur. Sementara 350,000 pekerja hilang pekerjaan kerana sekatan yang berterusan sejak 12 tahun lalu.

Angka tersebut meningkat setiap hari kerana kilang-kilang dan kedai-kedai terpaksa ditutup akibat masalah bekalan bahan mentah. Ratusan buah lori yang membawa barangan bernilai $US100 juta masih ditahan oleh rejim Zionis, menyebabkan kerugian besar.

HP