Pemimpin Hamas bangga disenaraikan AS sebagai pengganas

Ismail Haniyeh, seorang pemimpin Hamas bangga apabila namanya telah dimasukkan ke senarai Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganas antarabangsa dan menyifatkannya sebagai “pingat kehormatan.”

Haniyeh memberi reaksi itu semasa mengadakan perhimpunan di Gaza City yang mengumpulkan beratus-ratus penyokong Hamas.

AS menyenaraikan Ismail Haniyeh sebagai pengganas yang perlu dihapuskan.

Gelaran tersebut bagaimanapun menjadikan Haniyeh antara individu yang dikenakan tindakan pembekuan aset oleh AS bagi menghalang mana-mana warganya melakukan sebarang transaksi dengan Haniyeh.

AS secara rasminya melabelkan Hamas sebagai “organisasi pengganas”, terhadap gerakan yang telah melancarkan tiga siri peperangan dengan Israel serta menguasai Jalur Gaza sejak 2007.

“Apa sahaja yang dilakukan AS itu tidak akan melemahkan perjuangan Hamas untuk terus menentang Israel,” kata Haniyeh.

Sementara itu juga, beberapa lagi pegawai Hamas lain yang berada dalam senarai AS itu turut berkumpul bagi menyatakan protes terhadap AS dan rejim Israel.

Haniyeh kini berada dalam senarai hitam sekuriti perbendaharaan AS yang mengakibatkan sebarang aset miliknya di AS dibekukan selain dihalang berurus niaga dengan mana-mana individu dan syarikat di negara berkenaan.

Haniyeh telah menganggotai kepimpinan politik Hamas sejak 1990an dan menggantikan Khaled Mashaal pada Mei 2017 untuk menjadi pemimpin tertinggi gerakan itu.

%d bloggers like this: