Pemerhati politik: AS bunuh 20 juta orang sejak Perang Dunia II

Seorang pemerhati politik dari Virginia, Keith Preston mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah menjadi penyeleweng hak asasi manusia terbesar di dunia sejak Perang Dunia II, kerana menyebabkan kematian lebih dari 20 juta nyawa selama kurun waktu 70 tahun.

Preston merujuk kepada sebuah kajian yang dilakukan oleh sejahrawan AS, James Lucas yang mendedahkan bahawa tentera AS bertanggungjawab ke atas kematian antara 20 hingga 30 juta nyawa dalam berbagai perang dan konflik di 37 negara.

“Dalam hal dasar domestik, kerajaan AS mengabaikan pelanggaran hak asasi manusia di dalam negeri, termasuk isu kemiskinan, jenayah, perkauman, dan kekerasan senjata api,” kata Preston, yang merupakan editor laman web AttacktheSystem.com kepada Press TV pada Rabu (26 Jul).

Baru-baru ini, bekas Presiden AS Jimmy Carter mengatakan bahawa negaranya telah kehilangan kedudukan sebagai pemimpin hak asasi manusia sejagat di bawah pemerintahan Donald Trump.

Namun, Preston menilai bahawa AS sejak awal tidak pernah menjadi pemimpin hak asasi manusia dunia, melihat banyaknya kes jenayah yang dilakukan Negeri Uncle Sam itu di dalam negera mahupun di luar.

“Idea bahawa AS adalah juara hak asasi manusia atau mempunyai pengaruh untuk menyebarkan perdamaian atau hal-hal seperti itu sangat bodoh,” catatnya.

“AS hanyalah kerajaan dunia moden, seperti kekaisaran British sebelum ini,” jelasnya.

– Media Adil