Pembelian 40 kereta Maserati cetus kontroversi

Kerajaan Papua New Guinea sedang diawasi kerana mengimport 40 kereta mewah Maserati dari Itali untuk kegunaan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Sedan Quattroporte yang berharga lebih AS$100,000 (RM415,190) akan digunakan untuk pemimpin asing.

Media dan aktivis telah mempersoalkan keputusan negara miskin di Pasifik itu kerana didakwa telah membazirkan jutaan dolar.

Kerajaan bagaimanapun mengesahkan sektor swasta ‘komited’ untuk menanggung kesemua kos tersebut.

Menteri Apec, Justin Tkatchenko berkata, kereta itu akan menyediakan tahap pengangkutan untuk para pemimpin yang mana ia adalah kenderaan standard digunakan ketika sidang kemuncak tersebut.

“Sebahagian daripada bayaran telah dibuat kerajaan. Ia tidak akan menjadi beban kepada kerajaan,” ujarnya.

Gambar kenderaan itu tiba di Lapangan Terbang Port Moresby menggunakan pesawat kargo disewa turut dikongsi di media sosial dan mencetuskan kebimbangan terhadap wang pembayar cukai yang dibazirkan atas pembelian mewah tersebut. – Agensi