Suhu sejuk melampau sehingga mencengkam tulang, memaksa kebanyakan pelarian Syria membakar pakaian mereka sebagai sumber pemanasan.

Hujan berterusan dan keadaan suhu yang di tahap membimbangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, telah mendorong ribuan pelarian Syria – yang tidak berkemampuan menghadapi musim sejuk – untuk membakar pakaian mereka sebagai alat pemanasan, lapor agensi Anadolu.

Pelarian di kem-kem di Idlib – di utara negara – tidak mempunyai elektrik atau bahan api untuk digunakan sebagai pemanasan.

“Saya berasa sangat kecewa kerana tiada cara untuk memanaskan sepuluh anak saya.

“Kami tidak mempunyai pakaian musim sejuk, dan terpaksa membakar pakaian, kasut lama dan kit plastik lain untuk pemanasan,” kata salah seorang pelarian, Um-Khalaf.

Um-Yassin pula berkata, masalah yang dihadapi pelarian ketika ini bukan hanya kekurangan bahan api, malah bekalan makanan dan minuman berikutan kebanyakan mereka tidak dapat meninggalkan khemah untuk mencari keperluan.

“Kami membakar tayar dan bahan plastik untuk pemanasan. Kami tahu ini membahayakan penduduk di kem, terutamanya kanak-kanak.

“Kami juga terpaksa berjalan meredah lumpur untuk jarak jauh bagi mendapatkan roti. Haiwan tidak boleh makan roti yang kita makan,” katanya.- Agensi