PBB seru Arab Saudi hentikan sekatan terhadap Yaman

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini akan mengeluarkan kenyataan yang meminta Arab Saudi membuka akses kepada semua pelabuhan di Yaman termasuk al-Hudaydah serta jalan untuk mengakses lapangan terbang Sana’a, ibu kota Yaman.

Seperti yang dipetik oleh agensi berita Press TV, Kuwait, Sweden dan Belanda selepas perbincangan dengan Arab Saudi, telah menyusun satu kenyataan bagi pihak Majlis Keselamatan PBB.

“Menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Yaman adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata pernyataan itu.

Arab Saudi dengan sokongan Amerika Syarikat telah menyekat Yaman sepenuhnya sejak 26 Mac 2015.

Lebih dari 60 peratus rakyat Yaman mengalami wabak kolera yang meluas di negara ini.

Pemimpin gerakan Ansarullah Yaman, Abdul Malik mengatakan bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu terlibat dalam perang di Yaman telah melayani kepentingan Amerika Syarikat dan Israel.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: