PBB gesa Israel bebaskan tahanan 400 kanak-kanak Palestin

Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuntut Israel membebaskan 400 tahanan kanak-kanak Palestin atau membicarakan mereka, mengecam tindakan itu sebagai serangan ke atas hak mereka.

Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad Al Hussein semalam mengkritik sistem ‘penahanan pentadbiran’ Israel yang ketika ini menahan anggaran 440 kanak-kanak.

“Israel seharusnya segera mendakwa atau membebaskan kesemua mereka. Adalah jelas, undang-undang antarabangsa mensyaratkan penahanan digunakan kepada kanak-kanak hanya sebagai jalan terakhir.

“Sama ada kanak-kanak atau dewasa, penahanan tanpa bicara, bukti yang sering dirahsiakan, mengikut arahan penahanan pentadbiran diperbaharui, bertentangan dengan pematuhan Israel mengikut undang-undang antarabangsa dan perlu ditamatkan,” kata Zeid menerusi komunikasi video, menggelar sistem Israel itu satu ‘pelanggaran asas hak asasi manusia.’

Mesyuarat itu memfokuskan keganasan terkini di Semenanjung Gaza yang dijangka diadakan setiap Selasa dalam sesi bulanan berkaitan Asia Barat.

Zeid juga mengkritik apa yang digelarnya penahanan sewenang-wenangnya oleh Israel dan aktivis hak asasi.

Semenanjung Gaza yang ditadbir pergerakan Hamas, dikenakan sekatan Israel selama lebih sedekad.

Sejak 30 Mac lalu, sekatan itu mencetuskan bantahan meluas pergerakan itu di sepanjang sempadan dengan Israel yang menyaksikan sekurang-kurangnya 149 penduduk Palestin ditembak tentera Zionis.

– Berita Harian