Pasport Jepun paling berkuasa di dunia

Jepun telah mengatasi Singapura sebagai pasport paling berkuasa di dunia dan menduduki tangga teratas Indeks Paspor Henley 2018.

Selepas mendapat akses visa percuma ke Myanmar pada awal bulan lalu, Jepun kini boleh menikmati akses visa percuma ke 190 destinasi berbanding Singapura hanya terhad di 189 lokasi, sekali gus meletakkan ia di tangga kedua dalam senarai indeks tersebut.

Jerman pula berada di tempat ketiga berkongsi dengan Korea Selatan dan Perancis manakala Denmark, Finland, Itali, Sweden dan Sepanyol di tangga keempat.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain menduduki tempat kelima.

Iraq dan Afghanistan bagaimanapun berada di tangga paling bawah indeks tersebut kerana hanya 30 destinasi boleh diakses rakyat mereka. – CNA