Parlimen Mungkin Dibubarkan Sehingga Awal April

Menurut sumber itu lagi, usul berkenaan mulanya dijadualkan untuk dibentang pada 29 Mac, tetapi diawalkan sebagai persiapan untuk menghadapi PRU-14.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dijangka akan membentangkan usul itu untuk bacaan kali pertama.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata usul berkenaan perlu dibahas dan diluluskan dengan undian majoriti mudah iaitu lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen kerana tidak membabitkan tambahan jumlah kerusi.

Dewan Rakyat hanya perlu meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk majoriti dua pertiga sekiranya ia membabitkan tambahan jumlah kerusi Parlimen.

“Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, Draf Perintah ini tidak akan melalui Dewan Negara dan Perdana Menteri akan membawanya terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Baginda,” katanya, ketika dihubungi.

Persempadanan semula akan berkuat kuasa setelah mendapat perkenan dan ditandatangani Yang di-Pertuan Agong dan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong juga tiada tempoh yang ditetapkan oleh perlembagaan persekutuan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Mengenai PRU-14 beliau berkata, SPR kini dalam peringkat akhir persiapan dan bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan pilihan raya pada bila-bila masa.

Persidangan penggal keenam Dewan Rakyat dijadual berlangsung selama 20 hari dan akan berakhir 5 April.

 

%d bloggers like this: