‘Pakatan tak akan menakut-nakutkan pengundi’

Pakatan Harapan tidak akan menakut-nakutkan pengundi untuk memperoleh sokongan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Sekretariat Datuk Saifuddin Abdullah.

“Kami tidak mahu melakukannya kerana kami tidak mempercayainya. Kami tidak akan melakukan sehingga ke tahap itu dan kami sangat menghormati maruah pengundi.

“Jika ketakutan dibangkitkan, kerana ia adalah berasas seperti ketakutan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau ketakutan akan berulangnya skandal 1Malaysia Development Bhd dan Pusat Fidlot Nasional.

“(Menakut-nakutkan) bukan niat atau strategi kami. Tetapi ada ketakutan yang berasas terhadap pembaziran dan rasuah,” kata Saifuddin di Shah Alam, hari ini, lapor The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian sewaktu bercakap pada forum “Mengatasi Budaya Ketakutan pada PRU14” anjuran Institut Darul Ehsan.

Forum itu menampilkan Fahmi Samsudin sebagi pengerusi dan turut menampilkan penyelidik Institut Pengajian dan Kemajuan Demokrasi (IESAD) Profesir Dr Hamdan Mohd Salleh dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Saifuddin berkata budaya ketakutan kini amat ketara di kalangan orang Melayu apabila nama DAP disebut.

“Apabila kita pergi ke bawah kita masih menemui orang Melayu yang fikir penasihat DAP Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika Harapan menang.

“Dan semua ini selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri bagi PH,” katanya,

Menurutnya, orang Melayu khuatir jika hak dan agama Islam akan dikompromi dan ketakutan itu dimanfaatkan pihak lawan sepenuhnya.

sumber – KeadilanDaily

%d bloggers like this: