Nurul Izzah: Reformasi kehakiman akan bebaskan pesalah politik

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berikrar untuk mengembalikan integriti sistem kehakiman negara dengan menyemak semula kes-kes membabitkan pesalah politik apabila Pakatan Harapan berkuasa.

Menurutnya, hanya dengan cara ini status tidak bersalah mereka yang dipenjarakan kerana penindasan politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dikembalikan.

“Perbicaraan Anwar adalah satu persendaan dan salahletak keadilan. Suruhanjaya hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menunjukkan ada ketidakadilan dalam perbicaraannya.

“Kami akan mereformasikan kehakiman untuk menyemak semula kes-kes dan membetulkan semula kesilapan lampau agar semua pesalah politik dibebaskan dan memperolehi semula status mereka sebagai warganegara yang tidak bersalah,” kata Anggota Parlimen Lembah Pantai itu menerusi akaun Facebook beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan media tentang Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berhasrat untuk melantik bekas-bekas hakim ke dalam lembaga pengampunan.

Hasrat itu dizahirkan kerana permohonan untuk mengampunkan Anwar terhalang kerana Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berada dalam lembaga tersebut.

sumber – KeadilanDaily

%d bloggers like this: