Netanyahu mahu Russia desak Iran keluar dari Syria

Pegawai kanan Israel, semalam mengatakan bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberitahu Russia bahawa negara itu tidak akan meneruskan usaha untuk menggulingkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad, lapor Reuters.

Namun, Netanyahu berkata, ia hanya akan berlaku sekiranya Moscow yang juga sekutu utama Damsyik, mengarahkan pasukan tentera Iran keluar dari Syria.

Beberapa jam sebelum ini, Israel mendakwa mereka berjaya menembak jatuh dron dipercayai milik Syria yang memasuki ruang udara negara itu. – Reuters

Sementara itu, Syria berjaya memintas serangan peluru berpandu dari pesawat milik Israel yang menyasarkan kedudukan tentera negara itu di wilayah Quneitra, awal pagi tadi.

Agensi berita SANA yang memetik sumber tentera melaporkan, serangan berlaku berhampiran perkampungan Hader di Bukit Golan, iaitu wilayah yang diduduki Israel dan insiden itu hanya menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Setakat ini, tiada maklumat diterima daripada pihak tentera Israel berhubung serangan itu.

sumber – MediaAdil