Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sejak beberapa bulan lalu, MyAngkasa dan TA Investment telah bekerjasama dalam penyediaan program manfaat perubatan dan penjagaan kesihatan khusus untuk anggota koperasi serta mereka yang menghampiri usia persaraan antara 60 hingga 80 tahun.

“Program perintis yang berkonsepkan Takaful yang ditawarkan ini terbuka kepada semua ahli koperasi yang bebas memilih untuk menyumbang dengan cara berbeza melalui mekanisma pembayaran secara bulanan, tahunan atau pembayaran tunggal kurang dari RM2,000.

“Emas diwujudkan bagi menyahut seruan kerajaan agar sektor swasta termasuk koperasi berperanan meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan pada kos yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MHSB dan TA Investment Berhad berkenaan Pelan Perlindungan  Perubatan untuk warga Pesara di sini hari ini.