Mufti Besar Syria Ahmad Badreddin Hassoun berkata perang di rantau ini bertujuan untuk menjadikan masyarakat Arab supaya melupakan isu Palestin.

Pejabar berita Syria, SANA melaporkan, Hassoun ketika majlis pembukaan Persidangan Pengasas Majlis Iraq untuk Persatuan Islam di Baghdad pada hari Sabtu (17 Feb) juga berkata tidak ada alasan untuk tidak mencapai perpaduan di antara negara-negara, terutama selepas kemenangan Syria dan Iraq memerangi keganasan.

Sementara itu, Penasihat Pemimpin Iran Ali Akbar Velayati, memberi amaran bahawa adanya usaha yang dipimpin oleh Amerika Syarikat untuk mencipta Timur Tengah baru yang bermula dengan memecah belahkan Syria dan menekankan bahawa barisan perlawanan di Iraq, Syria dan Lubnan akan mengusir pasukan Amerika Syarikat dari Timur sungai Efrat .

Beliau mengatakan konspirasi AS yang mensasarkan Iraq telah gagal setelah kumpulan pengganas Daesh diusir dan setiap orang tahu bahawa langkah seterusnya yang dirancang Amerika Syarikat selepas Syria adalah Turki dan Iran.

Sementara itu, naib presiden Iraq dan Pengerusi Perhimpunan Iraq untuk Kesatuan Islam Mahmoud Iysawi berkata rakyat Iraq telah berkorban untuk menentang pengganas Daesh.