Bekas Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal pada Ahad menyeru Turki agar melaksanakan tindakan praktikal untuk menyokong Baitulmuqaddis dan menghentikan keputusan AS untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke kota suci itu pada 14 Mei.

Ia disuarakan ketika mesyuarat dengan sejumlah institusi awam Turki di Istanbul untuk membincangkan perkembangan terkini tentang isu Baitulmuqaddis serta ‘perjanjian abad ini’ oleh AS. Mishaal menyeru agar mempertingkatkan sokongan ke atas Baitulmuqaddis dan melancarkan projek ekonomi Turki bagi menguatkan rakyat Palestin di kota suci.

sumber – PalestinKini