Mahkamah Agung Venezuela pada hari Selasa (02/04), menggesa pemimpin pembangkang yang disokong Amerika, Juan Guaido untuk dilucutkan kekebalan perundangannya. Ini dilakukan selepas beberapa hari pihak berkuasa mengumumkan dia dilarang memegang jawatan sebagai penjawat awam.

Guaido, yang disokong oleh Amerika telah mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela, terus cuba untuk merampas kuasa dari Presiden Nicolas Maduro.

Ketika pertempuran politik itu sedang berlangsung, negara tersebut dilanda beberapa siri gangguan elektrik yang menyebabkan berjuta-juta rakyat terputus bekalan air. Ini kemudiannya menggesa kerajaan untuk menggantikan menteri yang berkenaan dan menginstitusikan catuan dalam usaha mengatasi masalah tersebut.

Keputusan Mahkamah Agung meminta Majlis Konstitusi untuk menghapuskan kekebalan Guaido sebagai anggota perundangan yang dapat membuka laluan bagi ketua pembangkang itu untuk didakwa.

Keputusan mahkamah juga menyebutkan pelanggaran Guaido terhadap larangannya untuk membuat perjalanan ke luar Venezuela. Sebelum ini beliau melawat Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador dan Paraguay pada akhir Februari hingga awal Mac.

Langkah itu dilakukas selepas pejabat juruaudit Venezuela mengumumkan pada hari Khamis (28/03), bahawa ia telah membatalkan hak Guaido sebagai penjawat awam selama 15 tahun. Keputusan yang ditolak oleh Guaido dan menyebutnya tidak sah.

Tiga gangguan bekalan elektrik melanda Venezuela pada bulan Mac yang memburukkan lagi keadaan kehidupan dan ekonomi rakyat di negara ini, mendorong pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah untuk menghentikan gangguan tersebut.

Maduro sebelum ini mengumumkan Igor Gavidia Leon menggantikan Luis Motta Dominguez sebagai Menteri Tenaga.

“Menteri baru ini telah aktif dalam industri elektrik dengan pengalaman 25 tahun, seorang jurutera yang mempunyai banyak tanggung jawab,” kata Maduro