Luqman COO MAB

Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airlines Berhad (MAB), Luqman Mohd Azmi berkuatkuasa 1 Februari 2018.

Jawatan berkenaan sebelum ini dipegang Kapten Izham Ismail yang kini menerajui MAB sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

“Beliau memulakan kerjaya sebagai pelatih pengurusan dan sudah bersama syarikat lebih 20 tahun dan mempunyai pengalaman luas ketika mengetuai bahagian Operasi dan Kejuruteraan,” kata Izham.

 Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Aeroangkasa dari Universiti Syracuse di New York Amerika Syarikat.
%d bloggers like this: