Liga Arab: Usik Baitulmaqdis sama seperti bermain api

Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit menegaskan bahawa mengusik masa depan Baitulmaqdis, sama seperti bermain api dan tidak akan pernah diterima oleh orang Arab, baik Muslim mahupun Kristian.

Dalam pertemuan para menteri luar Arab mengenai Baitulmaqdis di Kaherah, Khamis (1 Feb), beliau menyebut pertemuan ini berpeluang untuk menilai lagi situasi mengenai Baitulmaqdis, memastikan bahawa pendirian kolektif Arab dalam masalah ini jelas bagi semua orang serta menilai kedudukan Eropah mengenai isu Palestin “positif dan bersemangat”.

Aboul Gheit menegaskan bahawa mengusik status Baitulmaqdis merupakan ajakan untuk menggelincirkan kawasan kepada konflik agama, kekerasan, dan keganasan.”

Seperti diketahui, Presiden Amerika Syarikat (AS) beberapa waktu lalu telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan memutuskan pemindah Kedutaan Besar AS untuk Israel dari Tel Aviv ke Bandar itu.

Dalam pertemuan di Kaherah tersebut, Menteri Luar pemerintahan autonomi Palestin, Riyad Al-Maliki, menyebut keputusan Trump itu “zalim dan bodoh” serta menimbulkan berbagai akibat yang melanggar undang-undang antarabangsa dan mengabaikan satu perempat juta orang Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis.

“Baitulmaqdis akan tetap menjadi ibu kota abadi bagi negara Palestin, dan sesiapa tak dapat mengusik status dan keutamaannya yang sah. Keputusan AS merupakan pertembungan besar bagi semua iktikad baik yang pernah kami harapkan daripada AS untuk penyelesaian yang boleh diterima bagi konflik Arab-Israel, “terangnya.

%d bloggers like this: