Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit bertemu Menteri Luar Palestin Riyadh al-Maliki dan Menteri Kewangan Palestin Shukri Bishara di ibukota Mesir, Kaherah.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan selepas mesyuarat rasmi di Kaherah, Liga Arab mendedahkan bahawa apa yang berlaku di al-Aqsa dalam beberapa hari terakhir adalah provokasi yang telah disengajakan oleh Zionis Israel.

“Tindakan menguasai Masjid al-Aqsa oleh Zionis Israel adalah bertentangan dengan status semasa bandar Jerusalem itu sendiri, dan tindakan itu hanya akan memicu ketegangan antara agama,” kata kenyataan itu.

Pertemuan rasmi di Kaherah itu juga menekankan bertapa pentingnya sokongan yang diberikan oleh negara-negara Arab untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh warga Palestin akibat keputusan untuk memotong sebahagian dana yang diperuntukkan kepada keluarga tahanan dan pejuang Palestin yang telah meninggal.

Kenyataan Liga Arab juga telah mendedahkan bahawa memberi sokongan untuk perjuangan rakyat Palestin adalah tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh negara-negara Arab.