Pengarah Urusan Pasport Arab Saudi mengumumkan hari ini bahawa 1,057,880 jemaah haji tiba di negara itu sehingga semalam.

Angka itu mencatat peningkatan sebanyak 64,905 jemaah haji dengan kadar pertumbuhan hampir 7 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jumlah jemaah yang tiba melalui jalan udara kini mencecah 998,811, jalan darat 48,515 jemaah manakala laut 10,554, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) ketika memetik pengarah itu sebagai berkata.